Kelebihan bersugi

KEBAIKAN BERSUGI DARI SUDUT SAINS

kayu sugi
Pakar sains kesihatan moden termasuk dari barat memperakui amalan bersiwak paling baik dalam memantapkan kualiti kesihatan diri. Kajian dilakukan sekumpulan pakar jantung di Veterans General Hospital, Taipei, Taiwan yang diketuai Emily Chen berjaya menyingkap rahsia kebaikan membersihkan gigi.
Dr Chen berkata, membersihkan plak pada gigi secara rutin adalah satu cara mencegah serangan strok dan penyakit jantung. Kajian itu merumuskan, sekiranya terdapat jangkitan pada gigi, keadaan itu boleh memudaratkan seseorang dan meningkatkan risiko diserang penyakit jantung.
Selain itu, kelebihan - kelebihan bersugi dari sudut Sains:
  • Penggunaan  kayu sugi mampu mengurangkan kadar bakteriaberbanding penggunaan berus gigi
  • Berkesan menghapuskan plak berbanding berus gigi
  • Mempunyai Antibakteria asid yang berfungsi untuk membunuh bakteria, mencegah infeksi dan menghentikan pendarahan pada gusi
  • Mempunyai Minyak aroma yang memiliki rasa dan bau yang segar malah menjadikan mulut menjadi harum dan menghilangkan bau yang kurang sedap.
  • Mengandungi Enzim yang mencegah pembentukan plak yang menyebabkan radang gusi. Plak juga menjadi penyebab utama tanggalnya gigi secara pramatang.
  • Mengandungi Antidecay agent (zat anti pembusukan) yang menurunkan jumlah bakteria dalam mulut dan mencegah proses pembusukan.
  • Merangsang pengeluaran air liur yang lebih, di mana ia merupakan organik mulut yang melindungi dan membersihkan mulut.

berus gigi 
Jelasnya, siwak merupakan berus semula jadi yang Allah ciptakan untuk manusia. Penggunaan siwak bukan saja baik untuk kesihatan, tetapi ia juga ekonomik dan sesuai digunakan oleh seisi keluarga pada bila-bila masa. Ia adalah berus gigi yang ideal anugerah Allah, yang berbeza dengan sebarang jenis berus gigi ciptaan manusia.
“Bersiwaklah (dalam berus) sisa-sisa makanan antara gigi-gigi kerana (membersihkan sisa-sisa makanan semacam itu) termasuk kebersihan dan kebersihan itu membawa kepada iman dan iman itu bersama-sama pemiliknya di syurga.” (Hadis riwayat at-Tabrani)

Categories:

Leave a Reply