Good Morning!!

ataupun dalam bahasa melayunya "Selamat Pagi''. Hari ini saya nak kongsi sikit amalan waktu pagi yang boleh kita lakukan.

"Malasnya nak bangun"... haha memang susah nak bangun pagi kawan-kawan lagi-lagi masa cuti sekolah, fuhh..lagi berganda malasnya.Walaupun malas macam mana pun kita kene tetap bangun jugak sebab nak solat subuh. Betol tak?. Jangan sampai jadi subuh gajah sudah..haha

Waktu pagi merupakan waktu yang penting bagi kita untuk menentukan mood kita sama ada gembira ataupun sebaliknya. Jika waktu pagi kita mulakan dengan keadaan marah, maka tahap stress akan meningkat  dan menyebabkan mutu pekerjaan kita merudum.

Amalan waktu pagi


  • Bangun awal pagi, ucapkan syukur dan berdoa.
  • Bersegeralah berwuduk dan menunaikan solat subuh.

  • Banyakkan berdoa di waktu pagi kerana ia adalah waktu mustajab berdoa 
 Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., Rasulullah s.a.w. ditanya oleh seseorang: “Apakah doa yang lebih    didengar (lebih makbul dan mustajab)?” Baginda bersabda: “Waktu terakhir pada hujung malam dan sesudah solat-solat fardu.” (Riwayat al-Tirmizi)
  •  Lakukan solat subuh secara berjemaah
Daripada Jundab bin Abdillah berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Barangsiapa yang solat subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah.” (riwayat Imam Muslim dalam kitab sahihnya)Daripada Ibn Umar r.a., Nabi s.a.w. bersabda “Solat berjemaah lebih afdal daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
  • Amalkan membaca Al Mathurat dan al quran.
  • Lakukan solat Dhuha

Categories:

Leave a Reply