Tandas oh Tandas..

Tandas adalah tempat yang sering dikunjungi oleh kita. Hampir setiap hari kita menggunakannya. Ada mereka yang membelanjakan wang yang begitu banyak untuk membinanya bergantung kepada kemampuan masing-masing.Di jepun mengkin berbeza dengan malaysia kerana tandas disana boleh dikategerikan sebagai tandas mesra alam,moden dan sebagainya.Walaupun demikian fungsinya masih sama walaupun di jepun tandas mereka mempunyai mesin urut, pengering, muzik dan sebagainya.Sungguh kreatif dan inovatif manusia ini.Tetapi kita kena ingat bahawa masuk ke tandas ada adabnya.

 Apa adabnya?

  • sebelum masuk ke tandas, sunat meletakkan sesuatu untuk menutup kepala seperti kain. Tidak digalakkan berada begitu lama didalam tandas.
  • Masuk ke tandas dengan kaki kiri dan membaca doa. "Ya Allah,sesungguhnya aku meminta perlindungan dengan Engkau daripada syaitan jantan dan betina" (HR Bukhari dan Muslim)
  • Lepas selesai buang air keluar dengan kaki kanan dan membaca doa."Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan daripadaku kesakitan dan menyihatkan aku"
  • selasai alhamdulillah.

Categories:

Leave a Reply